PENYERANG Juventus, Paulo Dybala dilaporkan diuji positif Covid-19 buat kali keempat.

Pandemik yang masih lagi menular di seluruh dunia itu setakat ini sudah merekodkan 220,000 kematian denga Itai adalah negara kedua terburuk di Eropah selepas Sepanyol.

Dybala, yang juga penyerang Argentina, pada 21 Mac lalu bersama teman wanitanya, Oriana Sabatini disahkan positif Covid-19.

Dia adalah salah seorang pemai Serie A disahkan menghidap penyakit berkenaan bersama rakan sepasukannya, Daniele Rugani dan Blaise Matuidi.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain itu berjaya sembuh awal bulan ini namun berdasarkan laporan, Dybala terus diuji positif.

El Chiringuito mendakwa pemain berusia 26 tahun itu melakukan ujian kali keempat dalam tempoh sebulan setengah dengan yang terkini juga masih positif.

Bagaimanapun, masih belum ada pengesahan di mana ujian berkenaan dijalankan dan laporan berkenaan keluar selepas kelab Itali itu diberitahu mereka boleh kembali berlatih bulan depan.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan minggu lepas bahawa atlet boleh kembali berlatih 4 Mei ini, manakala untuk acara berpasukan mereka boleh kumpul bersama 14 hari kemudian.