TOTTENHAM mengatasi dua kelab, Manchester United dan Manchester City untuk dimahkotakan kelab paling bernilai Liga Perdana Inggeris (EPL) menurut kajian dijalankan pakar kewangan bola sepak – Kieran Maguire dan University of Liverpool.

Penilaian utama menjurus kepada pendekatan penilaian ‘Markham Multivariate Model’, yang membuat kesimpulan bahawa Spurs kini bernilai £2.567 bilion (RM13.97 bilion) – meningkat hanya di bawah £700 juta (RM3.81 juta) setahun.

Ketika Tottenham tidak memenangi apa-apa trofi sejak 2008, kejayaan pada gelanggang dan tarikan komersil berikutan pembinaan stadium baharu mereka – dicampur dengan bil gaji yang rendah menyaksikan nilai mereka meningkat.

Maguire berkata : “Spurs berada di puncak carta penilaian pada 2018/19 kerana mereka berjaya ke final Liga Juara-Juara dan berapa dalam kelompok penamat empat teratas Liga Perdana dengan bajet gaji lebih rendah antara £100-150 juta (RM544 – 816 juta) berbanding ‘Enam kelab besar’.

Penyerang Tottenham, Harry Kane. FOTO File Agensi
Penyerang Tottenham, Harry Kane. FOTO File Agensi

“Seperti mereka memperoleh lebih keuntungan, dan ini memberi kesan kepada beberapa penilaian akhir.”

Tottenham meningkat 21 peratus pendapatan ketika musim 2018/19 dari £381 juta ke £461 juta (RM2.08 – 2.51 bilion), yang mana gaji merangkumi 39 peratus – peratusan terendah dari semua 20 kelab Liga Perdana musim lalu.

Spurs memperuntukkan £179 juta (RM973 juta) untuk pembayaran gaji, hanya separuh daripada Manchester United £332 juta (RM1.08 bilion) perbelanjaan dalam tempoh yang sama.