BINTANG bola sepak wanita China, Wang Shuang akhirnya bersatu kembali bersama dengan rakan pasukannya selepas dua bulan terkandas di lokasi tercetusnya pandemik Covid-19 di Wuhan.

Bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) berusia 25 tahun itu kembali bersama skuad yang sepatutnya dijadualkan menentang Korea Selatan untuk saingan playoff bagi slot terakhir ke Olimpik Tokyo, yang sudah ditangguhkan tahun depan.

Februari lalu, Shuang yang juga kelahiran Wuhan dirakam melakukan latihan bersendirian dengan menyepak bola di tingkat atas bangunan ketika wilayah berkenaan mengenakan perintah berkurung.

Wuhan, lokasi di mana virus berkenaan dikesan buat pertama kali, menjalan perintah berkurung bagi menghalan penularan wabak berkenaan.

Rabu lalu, puluhan ribu keluar dari bandar berkenaan apabila perintah berkurung selama 76 hari ditamatkan.

Agensi berita Xinhua melaporkan dua lagi pemain terkandas di bandar berkenaan, ialah Yao Wei dan Lu Yueyun, ketiga-tiga mereka menyertai skuad wanita di Suzhuo untuk persediaan perlawanaan playoff itu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka melalui menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik tiba di Suzhou.

Shuang sudah 100 kali mewakili negaranya dan beraksi di PSG selama setahun sebelum kembali ke negara asalnya Julai tahun lalu.

Dia meledak lapan gol dan melakukan hantaran menghasilkan jaringan sebanyak tujuh kali dalam 27 perlawanan bersama PSG.

Aksi pertama dijadualkan berlangsung di Korea Selatan pada 4 Jun