TUMBUKAN Mike Tyson mampu membuatkan anda menangis walaupun memakai pelindung kepala dan badan.

Bekas juara heavyweight, Joe Egan mendedahkan apa yang perlu dilakukan jika masuk ke gelanggang bersama lelaki ‘paling teruk’ di atas planet itu.

Tyson, 53, dijangka kembali ke gelanggang pertarungan empat pusingan bagi meraih dana untuk misi kebajikan.

Bekas petinju Amerika Syarikat itu muncul juara heavyweight termuda dalam sejarah pada 1986 ketika berusia 20 tahun.

Ketika dia mempersiapkan diri sebelum kembali bertarung pada usia 53 tahun, Egan mendedahkan ‘syarat’ jika menjadi rakan sepelatih Tyson.

RAKAN sepelatih perlu memakai pelindung kepala dan badan sebelum berlatih tum bukan dengan Tyson. FOTO Ageni
RAKAN sepelatih perlu memakai pelindung kepala dan badan sebelum berlatih tum bukan dengan Tyson. FOTO Ageni

Menurutnya, petinju tidak dibenarkan masuk ke gelanggang tanpa memakai pelindung kepala, sarung tangan besar dan pelindung badan.

Egan yang turut dikenali sebagai Abominable Showman berkata: “Berdepan tumbukan ganas seperti Mike, anda perlu meningkatkan pertahanan anda.

“Ketika dia melepaskan beberapa tumbukan padu, anda tidak akan ingat apa yang mencederakan anda, hanya kesakitan – itu sahaja yang anda ingat, kesakitan.

“Kemudian muka anda mula bengkak. Ketika berlatih tumbukan bersama Mike, anda mesti memakai pelindung kepada. Anda tidak boleh berlatih tanpa memakai pelindung kepala.

“Anda juga perlu memakai sarung tangan besar dan kadang-kadang pelindung badan bagi melindungi tulang dada anda kerana tumbukannya sangat ganas.

“Dia berkemampuan mematahkan tulang orang dengan tumbukan. Percayalah dia boleh mencederakan anda dengan teruk sehingga anda menangis.

“Dia mencederakan saya dan membuatkan saya menangis banyak kali di kem. Tetapi selepas tamat sesi latihan Mike akan memeluk rakan pelatihnya.

Menurutnya lagi: “Hanya beberapa orang termasuk Lennon Lewis, Evander Holyfield dan saya sendiri yang bertarung dengan Mike ketika era kegemilangan mereka yang gagal dijatuhkannya di atas lantai.”

Tyson yang terkenal dengan raut wajah bengis ketika berjalan menuju ke gelanggang menamatkan kariernya dengan rekod 50-6 termasuk 44 KO.