PARIS Saint-Germain (PSG) bersedia meneruskan saingan Liga Juara-Juara di luar negara jika mereka tidak dibenarkan beraksi di laman sendiri, kata presiden kelab itu.

Nasser Al-Khelaifi mengumumkan perkara itu selepas Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe, berkata saingan bola sepak profesional tidak boleh disambung sebelum September ini.

Keputusan itu menyaksikan kemungkinan besar saingan Ligue 1 Perancis bagi musim 2019/2020 akan dibatalkan.

Stadium Parc de Princes, di Paris. FOTO File Agensi
Stadium Parc de Princes, di Paris. FOTO File Agensi

“Kami menghormati keputusan kerajaan. Dengan perjanjian bersama Uefa, kami bercadang meneruskan saingan Liga Juara-Juara pada bila-bila masa dan di mana sahaja ia dapat dilangsungkan,” kata Al-Khelaifi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

“Jika tidak boleh bermain di Perancis, kami akan bermain perlawanan kami di luar negara.

“Kami akan menyediakan pasukan perubatan terbaik untuk menjaga kesihatan pemain dan kakitangan pasukan.”