TEMPOH pemulihan Covid-19 memaksa perintah ‘berkurung’ pelumba Formula Satu (F1) dilanjutkan daripada 35 ke 63 hari berturut-turut, umum Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) hari ini.

Angka berkenaan ditetapkan selepas mengambil kira 21 hari maksima sejurus musim perlumbaan ditangguhkan pada Mac lalu susulan pembatalan Grand Prix Australia.

“Lima puluh hari selepas bermula tempoh penutupan, sebarang permohonan oleh mereka yang terbabit, dan perkara yang berkaitan perlu mengutamakan kelulusan bertulis daripada FIA.

“Setiap mereka yang terbabit hanya dibenarkan menggunakan perkhidmatan sekurang-kurangnya maksima 10 pekerja perseorangan untuk bekerja jarak jauh dalam projek jangka masa panjang,” menurut badan permotoran itu.

Pasukan mekanik akan dibenarkan kembali 36 hari selepas permulaan daripada tempoh bercuti dengan kondisi sama seperti pemandu.

Bos F1 kini berharap untuk memulakan kempen tertangguh di Grand Prix Austria pada 5 Julai, ketika penonton tidak dibenarkan menyaksikan perlumbaan Grand Prix Britain pada 19 Julai ini.