KETUA jurulatih Barcelona, Quique Setien enggan memilih salah seorang di antara dua pemain, Neymar dan Lautaro Martinez, sebaliknya berkata amat bagus jika kelab dapat memiliki kedua-duanya sekali.
Bintang Paris Saint-Germain, Neymar dan penyerang Inter, Martinez dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi La Liga itu.
Neymar meninggalkan Barca menuju PSG hampir tiga tahun lalu manakala Martinez menyinar bersama Inter musim ini.
Tetapi ketika ditanya siapa lebih berkualiti untuk Barca, Setien memberitahu told El Larguero awal pagi tadi: “Kedua-duanya kerana mereka pemain yang bagus dan mampu membuatkan pertahanan lawan kecut perut.”
Neymar berpindah ke PSG pada 2017 dengan harga €222 juta (RM1.05 bilion) tetapi kerap dikaitkan dengan perpindahan semula selepas itu.
Setien yang pasukannya menduduki takhta La Liga sebelum digantung susulan pandemik koronavirus berkata adalah sukar membawa kembali bintang Brazil itu ke Camp Nou.
“Semuanya pemain hebat, bagaimana saya tak boleh menyukai mereka,” katanya.
“Neymar salah seorang tetapi anda perlu menimbangkan apa yang boleh dan apa yang tidak.
Kita tahu pemain seperti mereka membabitkan jumlah wang yang besar dan tidak semudah itu membawa mereka ke sini.”