PEMINAT Manchester United dillihat terdesak untuk melihat Jadon Sancho menyertai kelab berkenaan apabila cuba mencari pembayang atau menyuruh pemain Borussia Dortmund itu mengaku secara siaran langsung di media sosial.
Baru-baru ini ketika tampil secara siaran langsung di media sosial salah seorang peminat Sancho menyuruhnya meneguk air jika betul akan ke United.
“Teguk air jika anda menyertai United,” kata leroy.mbeva dalam siaran langsung Instagram kelmarin.
Selepas membaca komen berkenaan Sancho dilihat mengambil setin minuman dan meneguknnya.
Pemain sayap berusia 20 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan bernilai 100 juta pound (RM546 juta) selepas mempamerkan aksi mantap bersama Dortmund serta skuad England.
Selepas sesi soal jawab di Instagram itu, ada sesetengah penyokong United semakin yakin perpindahan itu akan menjadi kenyataan.
“Nampaknya perpindahan ini akan menjadi kenyataan,” kata seorang lagi peminat United, rommy_idgaff.