WAYNE Rooney, isterinya, Coleen bersama anak mereka tampil menyertai rakyat yang lain untuk memberikan tepukan penghargaan buat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) yang bertungkus-lumus sepanjang penularan wabak Covid-19.

Pasangan berkenaan bersama empat anak lelaki mereka, Kit, Kai, Klay dan Cass, merakam video berdiri di hadapan rumah mereka dengan memakai baju tidur sedondon.

Ketika Rooney dan Coleen melakukan tepukan, anak-anak mereka ada yang membawa dram mainan, serta berlari sekeliling sambil melakukan gerak tarian tersendiri untuk upacara penghormatan berkenaan.

“Tepukan untuk pewira kita. Kami sangat berterima kasih di atas apa yang anda lakukan. Harap Tuhan merahmati anda semua,” jelas Coleen dalam video yang dimuatnaik dalam laman sosial itu.

Bukan mereka saja bintang yang menyertai upacara berkenaan, penyanyi dan personaliti televisyen dia bersama suaminya, Joe Swash juga melakukan perkara sama.

“Tidak kira apa yang berlaku minggu ini, kami tidak akan lupakan pengobarnan anda,” kata bintang Loose Women itu.

Wartawan, Kate Garraway juga berkongsi video pendek menepuk tangan bersama anaknya, William dan Darcey.

Penyampai rancangan The Good Moning Britain itu menulis dan berkongsi kepada peminat keadaan suaminya, Derek Draper yang dirawat selepas diuji positif Covid-19.