WIMBLEDON dibatalkan buat pertama kali sejak Perang Dunia Kedua kerana pandemik Covid-19.

Kejohanan itu sepatutnya dijadualkan berlangsung antara 29 Jun sehingga 12 Julai ini.

Keseluruhan musim gelanggang rumput terpaksa dipinggirkan, dan tiada aksi tenis profesional di mana-mana dalam dunia sehingga sekurang-kurangnya 13 Julai ini.

Wimbledon adalah acara sukan utama musim panas yang dibatalkan, dengan Euro 2020 dan Olimpik Tokyo turut ditunda hingga 12 bulan.

Kelab Tenis All England. FOTO Agensi
Kelab Tenis All England. FOTO Agensi

Ia diikuti penangguhan Terbuka Perancis yang dijadualkan bermula pada Mei namun dijadualkan semula pada 20 September – 4 Oktober ini.

“Ini adalah keputusan yang tidak mudah buat kami dan kami lakukan dengan berat hati demi kesihatan awam serta keselamatan kepada semua pihak yang bersama-masa menjayakan Wimbledon,” kata Pengerusi Kelab Tenis All England, Ian Hewitt.

“Kami percaya keputusan yang tepat untuk membatalkan kejohanan tahun ini.

“Sebaliknya kami dapat menumpukan pada bagaimana kita boleh menggunakan sumber-sumber Wimbledon yang luas untuk membantu mereka di dalam komuniti tempatan dan seterusnya.”