JUARA kategori berat (heavyweight) dunia, Anthony Joshua mendedahkan dia hilang teman rapat berikutan krisis Covid-19.

Joshua akan mempertahankan kejuaraan berdepan pencabar wajib oleh IBF, Kubrat Pulev pada Jun ini.

Namun pertarungan warga Britain itu dijangka dijadualkan semula berikutan wabak pandemik itu.

“Di mana jua anda berada di dalam dunia saya hanya memeriksa secara peribadi untuk semua orang dengan hanya berharap anda berada dalam keadaan baik dan sejahtera,” kata Joshua, 30 menerusi saluran YouTube.

“Saya tidak kehilangan sesiapa yang rapat dengan saya. Tapi saya hilang teman baik dari gimnasium tinju saya, rakan rapat dan kawan-kawan.

“Malah ia menjadi lebih parah apabila saya kembali ke rumah.”

Aksi Joshua (kanan) ketika berdepan Ruiz Jr. FOTO File Agensi
Aksi Joshua (kanan) ketika berdepan Ruiz Jr. FOTO File Agensi

Joshua adalah juara WBA, IBF, WBO dan IBO, mengakui dia sangat rindu rutin harian ketika dia kekal mengasingkan diri ketika ini.

“Sebolehnya saya sangat suka untuk berada di luar sana ketika ini melakukan aktiviti seperti kebiasaannya menunggang motosikal, berjumpa rakan-rakan, berlatih serta pergi ke gimnasium tinju.

“Sekalipun begitu pemberontak seperti saya juga sedaya upaya mengikuti garis panduan ditetapkan untuk melakukan perkara yang betul,” katanya.