PENYOKONG Tottenham Hotspur kecewa dengan rekaan terbaharu jersi edisi 2020/21 selepas imej jersi itu bocor di media sosial.

Rekaan dari Nike itu seperti kesan kotor di permukaan jersi yang berwarna putih.

Ia juga digabungkan dengan warna biru tua dan putih di bahagian lengan manakala biru tua serta kuning di kolar.

Rekaan baharu itu yang dimuat naik oleh pengguna Twitter bernama Lilywhite_Rose terus mendapat kecaman penyokong tegar kelab itu.

Clinicalsissoko menerusi akaun Twitter miliknya menulis: “Saya ingin tahu siapa yang membuat rekaan jersi terbaharu ini. Adakah mereka membuat kajian yang terperinci dan berbangga dengan hasilnya?”

“Ia sangat teruk,” tulis seorang pengguna Twitter bernama Tottenhammark82.

Seorang lagi pengguna Twitter, Coys100 menulis: “Amat memalukan kerana saya menggemari rekaan kolar tetapi yang lainnya sangat buruk.”