JUVENTUS dilaporkan akan membatalkan kontrak Gonzalo Higuain pada bulan depan.
Sebelum perintah sekatan perjalanan dilakukan, Higuain dikatakan pulang ke Argentina kerana ibunya sakit.
Walaupun cuba untuk menghubungi penyerang itu, Tuttosport mendakwa Juventus belum mendapat maklum balas daripada pemain berusia 32 tahun berkenaan.
Laporan menyatakan pendahulu Serie A itu sedang menimbang beberapa langkah, salah satunya ialah membatal kontrak Higuain.
Walaupun pemain ini mempunyai kontrak sehingga hujung musim depan, Juventus berkata, mereka terbuka untuk menerima sebarang tawaran apabila jendela perpindahan dibuka.
Ia bergantung kepada pengumuman Persatuan Bolasepak Itali mengenai penyambungan semula saingan Serie A.