PENYERANG Chelsea, Olivier Giroud bersedia melanjutkan kontraknya sekali gus menyaksikan dia akan kekal di kelab itu sehingga tahun depan.
Warga Perancis berusia 33 tahun itu, seperti mahu meninggalkan kelab berkenaan pada Januari lalu selepas hanya melakukan lima penampilan di Liga Perdana ketika melengkapkan baki enam bulan kontraknya tahun ini.
Dia dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan ketika Chelsea turut mencari pengganti.
Namun selepas kecederaan dialami rakan di barisan serangan, Tammy Abraham pada Januari, Giroud mempamerkan aksi mengagumkan ketika kembali bersama pasukan, menjaringkan dua gol dalam empat perlawanan liga.
Bos Chelsea, Frank Lampard memuji sikap bekas pemain Arsenal pada penghujung jendela perpindahan Januari sekalipun tidak menjadi pilihan.
Dia berkata : “Olivier Giroud sangat menakjubkan ketika jendela perpindahan ini sebagai pemain profesional dan lelaki sejati.
“Kita semua tahu minat beberapa pihak tapi dia tidak dapat dilepaskan dalam tempoh itu dan saya rasa sangat hormat kepadanya untuk itu dan juga sebagai pemain.”
Giroud berpindah dari Arsenal ke Chelsea pada Januari 2018 dengan nilai £18 juta (RM97.07 juta) menerusi perjanjian selama 18 bulan.
Pemain kebangsaan Perancis itu kemudian melanjutkan kontrak untuk tahun berikutnya pada Mei 2019.