PENGERUSI ATP, Andrea Gaudenzi berkata tenis mungkin boleh membantu meningkatkan perhubungan yang renggang berikutan krisis Covid-19.

Gaudenzi bercakap ketika memberi maklum balas mengenai cadangan Roger Federer untuk menggabungkan antara ATP dan WTA, yang ketika ini dijalankan jelajah membabitkan kategori lelaki atau wanita bagi menambah saingan dalam sukan itu.

Ketika bekas pro jelajah, Gaudenzi langsung tidak mempedulikan perkara itu menjelaskan dia percaya semua yang terbabit, termasuk Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan grand slam, boleh mempelajari daripada pengalaman lalu.

Gaudenzi berkata : “Menguruskan senario terkini sangat kompleks, terutama kerana sifat perniagaan kita.

“Tapi saya secara umumnya optimis, dengan sifat dan saya akan cuba melihat sudut positifnya yang menjadikan kolaborasi hebat bersama grand slam yang lain dan WTA serta ITF.

“Jadi semua badan ini kembali bergabung bersama dan berbincang mengenai kalendar, cara melangkah ke depan, kebajikan pemain dan pelbagai lagi perkara lain.

“Jadi mungkin ada keputusan yang positif daripada ini, yang akhirnya badan induk sukan tenis bersama grand slam berkerja sama untuk perancangan jangka panjang dalam sukan ini.

Roger Federer. FOTO File Agensi
Roger Federer. FOTO File Agensi

Federer meluahkan pada Rabu lalu, mengenai usaha penggabungan itu yang turut menerima pelbagai maklum balas.

Juara grand slam sebanyak 20 kali itu berkata kemungkinan penggabungan : “Ia sepatutnya berlaku suatu masa dahulu, tetapi mungkin sekarang adalah masa yang tepat.”

Menulis di Twitter, Federer menambah : “Ini adalah tempoh sukar dalam setiap sukan dan kita boleh bangkit semula dengan dua badan yang lemah atau satu yang lebih kuat.”

Jelajah tenis ditangguhkan sehingga pertengahan Julai ketika Terbuka Perancis ditunda pada awal September dan Wimbledon dibatalkan.