MAROUANE Fellaini akan meminjamkan 3 juta euro (RM14 juta) kepada Standard Liege bagi membantu bekas kelabnya itu menangani krisis pandemik Covid-19, lapor media Belgium hari ini.

Bekas pemain tengah Everton dan Manchester United itu yang kini beraksi bersama Shandong Luneng di China, mengikut jejak langkah rakan senegara, Axel Witsel yang turut membantu kelab Pro League itu.

Menurut laporan, Witsel yang kini beraksi bersama Borussia Dortmund, memegang 45 peratus daripada kepentingan Stadium Standard yang akan melalui kerja-kerja pengubahsuaian.

Standard tidak diberikan lesen profesional oleh Persekutuan Bolasepak Belgium awal bulan ini. Tampanya, juara liga 10 kali itu mungkin akan tersingkir ke divisyen amatur.

Kelab itu sudah mengemukakan rayuan kepada mahkamah sukan Belgium dan dijangka akan memperoleh lesen itu hasil bantuan Fellaini dan pelabur lain.