PEMAIN tengah Tottenham, Eric Dier didakwa oleh Persatuan Bolasepak England di atas tindakan memanjat tempat duduk penonton dan mengasari penyokong selepas Spurs tersingkir di tangan Norwich pada saingan Piala FA.

Pemain antarabangsa England itu bakal berdepan hukuman penggantungan panjang akibat memanjat beberapa baris tempat duduk penonton selepas melihat adiknya bertegang urat dengan penyokong lain di Stadium Tottenham Hotspur.

“Tindakan pemain tengah Tottenham Hotspur selepas tamat perlawanan menentang Norwich City pada 4 Mac 2020 adalah salah tingkah laku dan/atau mengugut,” kata FA dalam kenyataan awal pagi tadi.

“Eric Dier mempunyai masa sehingga 8 Mei 2020 untuk menjawab tuduhan.”

Pengurus Tottenham, Jose Mourinho pula tetap menyokong pemainnya selepas insiden itu dan berharap Dier tidak berdepan penggantungan.

“Saya fikir Eric Dier bertindak sesuatu yang kami profesional tak dapat lalukannya tetapi dalam situasi ini kita akan lakukannya,” kata Mourinho sebelum ini.