NOVAK Djokovic tampak sangat berpuas hati selepas isterinya, Jelena menggunting rambutnya ketika menjalani perintah berkurung kerana Covid-19.

Pemain nombor satu, Djokovic belum lagi tewas dalam perlawanan musim ini sebelum jelajah ditangguhkan sehingga pertengahan Julai berikutan pandemik berkenaan.

Dia yang kini menetap di Sepanyol harus menggunting rambut, dia memberi tanggungjawab itu kepada Jelena dan gembira dengan hasilnya sambil berkata ‘Boleh tahan’, ketika menayangkan gaya rambut terbarunya di hadapan lebih 7.2 juta pengikut Instagram peribadinya.

Jelena pula tampil dengan ayat berjenaka berkata : ‘Dari orang gua kepada lelaki pujaan saya’

Jelena menggunting rambut Djokovic. FOTO ig @djokernole
Jelena menggunting rambut Djokovic. FOTO ig @djokernole

Sementara itu, tuan rumah bagi saingan pemain terbaik lelaki dan wanita dalam penyertaan virtual Terbuka Madrid minggu ini dalam usaha untuk terus berhubung dengan peminat ketika pemain berdepan aksi permainan video Jelajah Tenis Dunia.

Djokovic bagaimanapun tidak mengambil bahagian, dan menegaskan sebelum ini dia merancang cara di mana bintang tenis ternama dapat membantu mereka yang memerlukan ketika perintah berkurung.

Sebagai presiden Anggota Pemain ATP, Djokovic mengemukakan cadangan pemain di ranking 50 teratas untuk membantu pemain di ranking lebih rendah yang berdepan masalah dari segi pendapatan.

Bagaimanapun, cadangan itu dibantah oleh pemain nombor tiga dunia, Dominic Thiem yang menyatakan pemain berhak memilih sendiri bagaimana mereka membelanjakan wang mereka.