CRISTIANO Ronaldo dikatakan tidak mampu menandingi kehebatan ‘Ronaldo Brazil’.

Perkara itu diakui Mikael Silvestre yang juga bekas rakan sepasukan bintang Portugal itu di Manchester United yang sebelum itu beraksi bersama-sama ‘Ronaldo Brazil’ di Inter Milan.

“Dia sukar untuk dikawal,” kata Silvestre merujuk kepada Ronaldo.

“Saya bermain bertemu (Lionel) Messi dan kemudian beraksi bersama Cristiano di Manchester United tetapi dia (Ronaldo) seorang pemain yang luar biasa.

Silvestre and Ronaldo beraksi bersama di Inter untuk tempoh semusim, iaitu selepas bintang Brazil itu mempamer aksi cemerlang pada Piala Dunia Perancis.

Bekas pemain pertahanan itu kemudian berhijrah ke United yang mana menyaksikannya beraksi bersama Cristiano selama lima musim sehingga 2003.

“Ronaldo berada di tahap tertinggi. Cristiano pula mungkin anda akan dapat mengagak tiga atau empat skil yang biasa digunakannya tetapi tidak bagi Ronaldo yang mempunyai pelbagai skil.

“Ronaldo mampu menjaringkan dari mana-mana posisi. Dia boleh menewaskan mana-mana pertahanan di Eropah walaupun beraksi dengan menggunakan satu kaki sahaja,” katanya.