BEKAS Presiden Olympique de Marseille, Pape Diouf, 68, meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19 umum kelab Ligue 1 itu, malam tadi.

“Olympique de Marseille meratapi kematian Pape Diouf,” menurut kenyataan di Twitter rasmi kelab itu.

“Pape akan kekal selama-lamanya di hati Marseillais sebagai salah seorang presiden terhebat dalam sejarah kelab ini.

“Takziah buat keluarga dan orang tersayangnya.”

Marseille terdahulu berkata Diouf bekas pemain kebangsaan Senegal yang menyertai Marseille sejak usia remaja dijangkiti virus itu.

Pape Diouf (tengah) berbincang dengan ahli perniagaan Kanada, Jack Kachkar (kanan) dan jurulatih Marseille, Jose Anigo (kiri). FOTO File AFP
Pape Diouf (tengah) berbincang dengan ahli perniagaan Kanada, Jack Kachkar (kanan) dan jurulatih Marseille, Jose Anigo (kiri). FOTO File AFP

Dia menjalani rawatan di ibu negeri Senegal, Dakar dan meninggal di sana.

Bekas wartawan dan ejen pemain, Diouf menjadi presiden Marseille dari 2005 hingga 2009 apabila mereka menamatkan saingan Ligue 1 sebanyak dua kali sebagai naib juara dan melangkah ke dua final Piala Perancis sebelum tewas kedua-dua aksi.

Kelab itu dimahkotakan juara liga setahun kemudian selepas peninggalannya.

“Pape Diouf akan diingati sebagai pemimpin yang berkarisma, memikat dan penuh semangat,” tambah kenyataan daripada badan organisasi liga Perancis, LFP.