BAPA Khabib Nurmagomedov, dimasukkan ke hospital kerana selsema dan simptom awal pneumonia (radang) selepas berjalan di kawasan gunung berhampiran kediaman mereka di Russia.

Abdulmanap Nurmagomedov, 57, dilaporkan terpaksa dipujuk oleh dua anak lelakinya untuk ke hospital, namun dia belum disahkan menghidapi Covid-19.

Wartawan Russia, Ramazan Rabadanov melaporkan : “Abdulmanap berada di Makhachkala, di Second City Hospital. Dia mengalami kesakitan di gunung.

“Dia berjalan selama dua hari, kedua beradik berkenaan berusaha memujuknya untuk ke hospital. Ketika Covid-19 belum disahkan, mereka memberitahu ia hanya selsema biasa. Tiada siapa dibenarkan melawatnya.”

Ia bulan yang teruk buat Khabib, 31, yang dilaporkan bakal menyertai pertarungan UFC 249 sebelum ditangguhkan menyebabkan dia terbang pulang ke negaranya dari AS berikutan perintah berkurung susulan Covid-19.

Rabadanov turut berkongsi gambarnya dan bapa Khabib menyatakan : ” Dia mampu membina taman, membersihkan sampah, menanam pokok baharu di lereng bukit, meletakkan bangku menarik sekitar jalan raya dan semalam dia tidak datang ke taman.

“Diharapkan pneumonia tidak serius dan dia akan kembali ke taman lagi.”

Khabib juara lightweight UFC turut memuat naik gambar bapanya sedang minum tea di Instagram minggu lalu.