TERDAPAT banyak cara berdepan dengan tukang troll di internet yang mencabar untuk bertemu dengan petarung profesional, antaranya termasuklah tidak mempedulikan cabaran itu.

Namun jika anda benar-benar seorang petarung MMA, maka pastinya anda akan menyahut cabaran itu.

Pada Jun 2017, Kris Zylinski yang juga kaki troll, melontarkan cabaran untuk berlawan dengan petarung wanita.

Seorang petarung MMA, Tara LaRosa yang mempunyai rekod 22-5 dalam kategori bantamweight di MMA, menyahut cabaran itu kerana berasakan tercabar.

Jelas sekali dia mudah menewaskan Zylinski dalam tiga perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan knockout berpihak kepada LaRosa menerusi gerakan submission (kuncian).

Daripada video yang direkodkan pada perlawanan itu, bermula minit ke-11 sehingga minit ke-13 jelas memperlihatkan dominasi LaRosa.

Seorang pengguna YouTube berkata: “Melihat kepada pergerakannya yang teruk, isteri saya juga boleh menewaskannya dalam perlawanan jalanan tanpa perlu banyak mengeluarkan peluh.”

Selepas tewas pada perlawanan itu, Zylinski masih cuba untuk mempertahankan dirinya bahawa dia tewas hanya kerana tidak cergas.