PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui terlalu rindu untuk kembali bekerja dan kini sangat menghargai nikmat pergi bekerja.

Uyaina berkata, wabak Covid-19 sememangnya menyedarkan semua termasuklah dirinya untuk bersyukur betapa indahnya rezeki untuk mereka yang bekerja.

“Masa kerja, kena curi-curi masa untuk tidur. Sekarang, rindu nak kerja sebab tak nak asyik tidur di rumah saja.

“Ya Allah, semoga wabak Covid-19 ini berakhir dengan cepat dan kita semua dapat kembali bekerja mencari rezeki untuk keluarga kita. Amin.

“Harapnya wabak ini memberi pengajaran kepada kita untuk tidak pernah mengeluh mengenai kerja. Sebab kerja adalah satu nikmat Allah kepada kita,” katanya.

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa pada 18 Mac lalu, industri seni tempatan turut terjejas apabila banyak acara dan aktiviti dihentikan demi membendung wabak itu.

Sekali gus, rata-rata penggiat seni terutama yang bergantung sepenuhnya kepada sebarang tawaran seni kehilangan punca pendapatan sepanjang tempoh itu.

 

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19