WALAUPUN menerima kecaman teruk netizen sebelum ini, pelawak popular Shuib menerima ucapan menyentuh hati daripada pendakwah bebas popular Ustaz Ebit Lew.

 

 

Pendakwah berkenaan menerusi Instagram Story mengingatkan

Shuib bahawa Allah sentiasa menyayangi hamba-Nya.

 

 

Ebit  turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Shuib yang memuat naik aktiviti kerja amalnya di Instagram.

 

 

“Terima kasih Shuib. Allah sayang Shuib dan keluarga. Allah tambah rezeki dan kebaikan mencurah-curah. Terima kasih atas sumbangan,” katanya dalam muat naik berkenaan.

 

 

Ucapan Ebit itu merujuk kepada sumbangan dan sokongan yang diberikan suami kepada penyanyi Siti Sarah itu.

 

 

Shuib dalam hantarannya di Instagram mengajak orang ramai menyokong usaha Ebit dan terus menyalurkankan sumbangan kepada yang memerlukan pada saat sukar ini.

 

 

Shuib turut menyertakan nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi Ebit bagi tujuan amal itu dalam muat baiknya.

 

 

Katanya, mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun CIMB 8603546376.

 

 

Terdahulu, Shuib tampil membuat permohonan maaf menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

 

 

Shuib bersama beberapa selebriti lain tampil mengakui kesilapan apabila mengeluarkan kenyataan berkaitan permohonan sumbangan untuk golongan artis dan pekerja seni daripada kerajaan hingga dikecam teruk netizen.