IBU kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim berang apabila ada pihak cuba melaga-lagakan hubungannya dengan menantu, Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid.

Rozita berkata, dia pelik apabila saling tidak mengikuti laman sosial masing-masing menjadi isu perdebatan netizen sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka.

“Saya tak follow Ida (Shahidah) kecoh satu Malaya masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sempitnya cara berfikir.. Sedap bergosip penghilang stres ya… Seronok bergosip? Nak tahu saya gaduh dan salahkan menantu… Dia tetap anak menantu saya sampai Jannah, dalam Islam tiada istilah ‘unnfollow’ masuk neraka.

“Saya tak pernah burukkan Ida dan tak campur dunia luar. Ingat ayat saya satu saja, dia (Ida) tetap menantu saya hingga akhir hayat dan ibu pada cucu saya. Saya tak follow tak bermaksud saya gaduh, saya penat dihakimi oleh netizen.

“Jangan tanya saya unfollow, saya malas dan tidak mahu tengok semua anak-anak saya di media sosial. Semak otak je! Jangan soal perkara tidak cerdik, tak menguntungkan, tak perlu menyibuk fasal mereka untuk saya ulas,” katanya di Instagram.

Menurut Rozita, antara sebab dia tampil bersuara kerana sudah penat dan tidak tahan dengan sikap netizen yang cuba menyibuk hal rumah tangga orang hingga membabitkan dirinya.

“Saya bersuara sebab dah tak tahan dan penat, kalau orang lain unfollow, bercerai tak bercerai bagai orang tak berminat dan tak ada nak tahu sangat.Persoalannya dapat apa? Kalau bercerai juga kenapa? Nak kahwin dengan Kri atau nak kahwin dengan Ida?

“Suka nak menghina biar mereka lemah semangat ke? Bab Kri dengan Ida, saya pun terpalit sama. Saya tak bersalah dalam hal ini.

“Pernah nampak saya gaduh dengan orang lain maki hamun di media ke? kalau dengan orang tak pernah, takkan dengan Ida saya nak gaduh. Posting saya semua di Instagram dianggap sindir Ida? Saya orang tua yang matang setakat ini okey. Berhentilah jadi penyibuk! Dia sangat baik dengan saya sampai sekarang.

“Menghina orang sedap, sebab tak kena kat diri kita kan. Cuba kena pada diri sendiri… Esok lusa kita tak tahu takdir sendiri. Kita tak pernah jumpa, tak kenal, hanya di media saja. Ada peluang ke nak jumpa kita ini untuk minta maaf. Akhirat bukan main-main tempatnya,” tulisnya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan isu pergolakan rumah tangga Alif dan Shahida yang menjadi perbualan hangat netizen apabila mereka dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Rozita pula dilihat unfollow menantunya seakan-akan memberi bayangan ada krisis dalam perhubungan mereka.

Dalam masa sama, Aliff turut mengakui hubungan rumah tangganya sedang dilanda masalah apabila memuat naik surat permohonan cerai di laman sosial baru-baru ni.

Bagaimanapun, dia memilih untuk berdiam diri mengenai perkara itu memandangkan tuntutan cerai berkenaan dibuat oleh isterinya.