PELAKON dan usahawan, Datin Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 34, memaklumkan adalah satu kerugian kepada wanita era kini yang enggan memiliki anak ramai.

Rabecca berkata memiliki anak yang ramai itu sangat membahagiakan buat seseorang ibu terutama apabila sudah tua nanti.

“Bagi saya, rugi jika seseorang wanita tidak mahu ada anak ramai. Ini perkongsian pengalaman dalam keluarga saya sendiri yang mempunyai lapan adik-baradik.

“Alhamdulillah, ibu saya tidak berasa sunyi meskipun sekarang arwah bapa sudah meninggal dunia sekitar dua tahun lalu.

“Tanggungjawab menjaga ibu kini dilakukan saya bersama adik-beradik lain secara bergilir bagi memastikan ‘syurga kami’ sentiasa ceria, bahagia dan gembira,” katanya kepada Harian Metro.

Baru-baru ini, Rabecca melancarkan produk makanan tambahan dikenali iQ Super untuk kanak-kanak lebih cergas dan sihat.

Menurut Rabecca lagi, harus diingat ibu bapa terutama ibu adalah ‘syurga’ buat anak untuk memperoleh kebahagiaan, keceriaan dan ketenangan dalam kehidupan.

“Saya sentiasa percaya, kegembiraan ibu bapa adalah kunci sebenar pada kebahagian anak- anak dalam hidup mereka,’ katanya.

Rabecca berkata apa yang pasti pengalaman membesar dalam suasana keluarga ramai adik-beradik membuatkannya bahagia memiliki anak ramai.

Rabecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azam Sulaiman pada 24 Januari 2011, dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 8, Nor Anggerik Renesmee, 7, Nor Aliff Al- Raffael, 4, Nor Ahmed Al- Reaggan, 1, dan Nor Aurora Riana, 1

Selain itu, Rabecca juga memiliki seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 12, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 24 dan 17 tahun.