Suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob tidak pernah memaksa isterinya untuk mengenakan hijab.

Bagaimanapun, Raf berkata Mawar mengetahui apa yang diinginkan sejak hari pertama perkahwinan mereka.

“Cantik dan manisnya Anje (panggilan Raf kepada Mawar) berhijab. Untuk pengetahuan semua, Raf tak pernah suruh atau paksa Mawar berhijab. Tapi Mawar tahu apa yang Raf mahukan sejak hari pertama kami diijabkabulkan,” katanya.

Menurut Raf, dia selalu berdoa ada perubahan yang bakal dilakukan Mawar nanti dengan kerelaan hati bukan secara paksaan.

” Raf hanya pesan, kalau hati dah terbuka nak berhijab, biarlah nawaitu (niat) itu datang dari hati yang ikhlas. Jangan pakai semata-mata sebab suami yang suruh.

“Bentuk isteri dengan penuh kelembutan. Dalam berlembut, ada tegasnya. Lebih baik kita menegur dengan cara yang sopan di belakang tabir dan kita berdoa yang baik-baik saja untuk dia. Selebihnya, perlu berserah kepada Allah SWT.

“Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Diri kita pun sebenarnya tak sempurna dan serba kekurangan, jadi sapa lah kita nak menghukum seseorang itu, betul tak?,” katanya.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.