PELAKON, Nazim Othman berkongsi pengalaman hidup ketika kali pertama berhijrah ke Kuala Lumpur untuk hidup berdikari.

Nazim, 36, berkata dia pernah tidur di kaki lima, tempat letak kereta dan menyewa bilik.

“Daripada zaman mentah datang KL seorang diri konon nak berdikari. Pertama kali masuk KLCC gembira yang tak tahu macam nak gambarkan.

“Teringat kenangan menyewa bilik setinggan di belakang Hotel Istana. Setiap hari berjjalan kaki empat kilometer nak pergi kerja hotel di depan kelab Zouk yang lama (Hotel Maya dulu nama Park Plaza).

“Pengalaman tidur di ‘basement’ BSN depan hotel sampai polis kejutkan jam 3 pagi. Mula-mula mereka ingat ‘Mat Pit’, akhirnya mereka belanja Teh Tarik di kedai mamak. Tak campur lagi pernah tidur di kaki lima KLCC. Itu semua zaman dulu. Memang banyak lagi kenangan hidup di KL,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Nazim berkata apa yang dikecapi hari ini segalanya bermula dengan kesusahan.

“Orang nampak senang kita saja. Susah payah kita mendaki gunung kehidupan ini orang tidak tahu.

“Sebab itu aku sejenis tak kuasa nak fikir apa orang kata belakang aku. Apa yang aku tau, aku gigih. Walaupun zahirnya aku di mata mereka sekadar mat bunga acah-acah KPOP,” katanya.