PELAKON, Mira Filzah dijangka bakal berkahwin pada Oktober ini dengan lelaki yang didakwa anak seorang timbalan menteri kabinet.

Perkara itu menjadi tular selepas pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu muncul pada video siaran langsung di Instagram PU Azman baru-baru ini.

Menerusi siaran langsung itu, PU Azman memberi bayangan berkenaan ‘seseorang’ yang bakal berkahwin pada Oktober depan.

Tindakan spontan Mira yang juga pengacara Nona dengan memberi isyarat untuk merahsiakan perkara itu mencuri tumpuan peminat yang sedang menyaksikan video siaran langsung itu.

Difahamkan, ‘seseorang’ yang dimaksudkan PU Azman ditujukan kepada Mira.

Terdahulu, laporan sebuah portal mendedahkan Mira sudah dirisik oleh keluarga lelaki yang dikenali sebagai Wan Emir Astar dan bakal melangsungkan pertunangan pada September.

Bagaimanapun, tidak ada lagi sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Mira berkenaan perkara ini.

Sementara itu, dalam laporan Harian Metro sebelum ini Mira mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang lelaki bukan dalam kalangan selebriti.

MIRA Filzah.
MIRA Filzah.