LUMRAH kehidupan segelintir wanita apabila sudah berumah tangga, semestinya keutamaan diberi pada keluarga yang baharu dibina berbanding komitmen kerjaya.

Bukan tidak sayang pada karier, tetapi inilah dinamakan pengorbanan kerana ada perkara penting lain yang harus diberi perhatian. Apatah lagi, selepas bergelar isteri orang.

Bagi penyanyi lagu Setiaku Pasti, Fara Hazel, dia memilih untuk melupakan seketika kerjaya nyanyiannya kerana mahu memberi tumpuan pada rumah tangga, Ditambah lagi, dia kini hamil.

“Saya perlu korbankan kerjaya nyanyian buat seketika. Malah, selepas berkahwin saya tidak merakamkan lagu solo terbaharu. Kalau ada pun, ia satu lagu sempena Syawal bersama artis Aries Music yang lain.

“Rakaman untuk lagu raya itu pun dibuat awal. Cuma, untuk promosi lagu, saya tak dapat sertai kerana sekarang negara masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak tahu penghujungnya.

“Apapun, saya harap lagu ini akan dipromosikan dengan giat oleh rakan penyanyi yang lain pada Ramadan ini. Paling tidak pun, untuk bantu promosi saya akan muat naik lagu di Instagram (IG),” katanya.

Menurut Fara, ia langkah promosi paling mudah dan pantas dalam jangka masa sekarang.

Ujarnya, apa diharapkan semoga lagu raya itu mendapat sambutan baik. Mengulas judul lagu raya itu, Fara berkata dia belum tahu kerana hanya berkesempatan menyiapkan rakaman lagu sahaja.

Jelasnya, dia pun ketika ini mengikut suami menetap di Terengganu.

Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri bernikah dengan ahli perniagaan dikenali Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin, 25, pada 20 Disember, tahun lalu.

Mengulas rutin kehidupan hariannya, Fara berkata, sekarang dia makin sero

nok menguruskan hal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya.

“Apapun, sejak dari dulu lagi saya sudah biasa melakukan kerja rumah kerana adik-beradik ramai. Jadi, saya boleh menyesuaikan diri dengan cepat.

“Cuma, mengurus keperluan suami ada bezanya kerana baharu hidup bersama. Semestinya, banyak perkara baharu harus saya fahami berkaitan suami,” katanya.

Berbicara juga mengenai dirinya yang akan bergelar ibu pada usia muda, Fara berkata dia sudah pun bersedia.

Katanya, anak adalah rezeki daripada Allah SWT dan pengikat kasih sayang keluarga.

Ujar Fara, apa yang pasti dia dan suami sangat teruja untuk memiliki cahaya mata send

iri. Apatah lagi, katanya mereka sangat sukakan bayi dan kanak-kanak.

Justeru, Fara mengharapkan proses kehamilannya lancar dan tidak mengalami alahan teruk. Ditambah, satu cabaran buatnya kerana perlu berpuasa Ramadan.