BEKAS isteri kepada Cef selebriti, Cef Fikree iaitu Syarifah Zuriehan Ben Yahya tampil menyuarakan pandangan mengenai kisah seorang wanita yang lari dengan artis hingga menjadi tular.

Zuriehan berkata, dia mengaku melihat banyak pasangan yang tidak berusaha memperbaiki hubungan rumah tangga selepas berlaku masalah.

” Kalau bertepuk sebelah tangan tak menjadi tango-lah. Saya dah jumpa banyak isteri dan suami yang ada masalah sedikit satu sama lain terus nak cari lain.

“Terus nak bercinta dengan orang lain, kemudian canang pasal pasangan sana sini, jumpa semua orang. Sampai kisah keluarga pasangan kena gosip.

“Punyalah nak tegakkan diri nak curang, masalahnya anak dah lima, dah tiga, kalau anak seorang pun masih ada anak bersama,” katanya.

Menurut Zuriehan, dia mengharapkan setiap individu supaya menjaga hubungan dengan tuhan dan berhenti pentingkan diri sendiri.

“Boleh tak fokus bab anak? Boleh tak jaga ibu bapa, fokus hubungan dengan Tuhan.

“Sudah tentu tak ada masa nak bergaduh, apatah lagi makan luar. Jadi, berhenti pentingkan diri dan jaga perkahwinan masing-masing. Jangan nak cari salah je.

“Menyampah tengok tajuk bini orang nak lari dengan artis,” katanya.

Terdahulu industri hiburan dikejutkan dengan kisah seorang pelakon lelaki didakwa melarikan seorang wanita berstatus isteri orang.

Pelakon lelaki terbabit sudah dihadapkan ke mahkamah namun mengaku tidak bersalah.