PELAKON dan pengacara, Neelofa menerusi akaun Instagram mengajak pengikutnya di platform media sosial itu untuk menggunakan masa yang ada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk bermuhasabah diri.

Menerusi muat naik itu, Neelofa juga meminta masyarakat supaya patuh dengan perintah dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan buat masa sekarang.

“Saya pasti, ramai antara kalian yang menggunakan tempoh berkurung ini sebagai masa untuk bermuhasabah. Ada banyak perkara yang berlaku di luar kawalan kita dan untuk situasi sekarang, apa yang hanya boleh kita lakukan adalah, reda,” tulisnya.

Tambah Neelofa, setiap perkara yang berlaku hari ini adalah di luar jangkaan dan terjadi dengan sangat pantas.

“Andai kata, kalian sudah merancang beberapa perancangan dalam masa beberapa bulan akan datang, lepaskan. Banyak benda yang berubah dengan sangat pantas dan kita tak dapat nak jangka.

“Satu perkara yang pasti adalah, patuh dengan sistem dan undang-undang yang dibuat. Kalian sendiri yang perlu membuat keputusan, bagaimana untuk menggunakan tempoh ini dengan cara yang terbaik.

“Apa sahaja yang dapat memberi manfaat kepada jiwa kalian, lakukannya,” tulisnya.

Tulisan itu mendapat reaksi daripada ramai pengikutnya termasuklah rakan artis yang rata-rata menganggap itu sebagai satu mesej positif yang perlu difahami semua orang dalam tempoh krisis penularan wabak Covid- 19 ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan