PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini menyebabkan banyak aktiviti di luar tertangguh.

Justeru, inisiatif lain perlu dilakukan untuk menyuntik hiburan kepada masyarakat.

Baru-baru ini, jenama kopi Wonda membawakan Konsert #WONDADiRumah yang menampilkan beberapa penyanyi popular tanah air seperti Aizat Amdan, Noh Salleh, Syamel, Zizi Kirana, Haqiem Rusli, Akim dan Stacy.

Kejayaan manis berjaya dilakarkan apabila Konsert #WONDADiRumah itu menarik perhatian 2.84 juta orang yang menontonnya di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Bagi Aizat, apa yang pasti penonton terhibur dengan konsert itu. Sekurang-kurangnya, tidaklah mereka berasa bosan duduk di rumah.

“Saya melihat pendekatan penganjuran Konsert #WONDADiRumah sebagai inisiatif berkesan untuk menghiburkan masyarakat yang ketika ini perlu duduk di rumah kerana penularan pandemik Covid-19.

“Ia satu pengalaman menarik kerana secara serius, dalam keadaan yang memerlukan ketenangan ini, kita boleh menyumbang dengan menolong orang lain melalui kerja amal, menyanyi, berhibur dan bermacam lagi. Justeru, gunakan peluang ini untuk kita bersatu dan bekerjasama memainkan peranan masing-masing sebagai insan yang peka pada situasi sekeliling,” katanya.

AIZAT sokong pendekatan penganjuran Konsert #WONDADiRumah sebagai inisiatif berkesan hibur masyarakat ketika PKP.
AIZAT sokong pendekatan penganjuran Konsert #WONDADiRumah sebagai inisiatif berkesan hibur masyarakat ketika PKP.

Menurut Aizat, apa yang diharapkannya keadaan negara dan kita semua akan kembali lebih baik dari sebelum ini. Semoga usaha dilakukan berjaya.

Sementara itu, Stacy pula berpendapat Konsert #WONDADiRumah adalah program terbaik untuk tontonan seisi keluarga dengan rangkaian lagu sedap didengar.

“Apapun, paling utama menerusi program ini berupaya menghiburkan orang ramai yang berada di dalam rumah ketika PKP. Konsert ini adalah salah satu inisiatif hiburan sampingan.

“Namun, lebih menariknya apabila hubungan kekeluargaan menjadi bertambah rapat apabila ibu bapa dan anak-anak mempunyai banyak masa bersama,” katanya.

Stacy berkata, dia berterima kasih dengan sokongan diberikan masyarakat pada Konsert #WONDADiRumah itu yang baginya sudah mencatat kejayaan tersendiri dan penonton pun terhibur.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T Sundaram berkata, inisiatif dilakukan kopi Wonda menerusi Konsert #WONDADiRumah adalah pemangkin semangat kepada orang ramai untuk terus seronok duduk di rumah.

Katanya, melalui aktiviti hiburan dibuat secara tidak langsung dapat memberi kegembiraan dan paling utama berupaya menjaga keselamatan orang ramai.

Melihatkan pada kejayaan Konsert #WONDADiRumah itu, Santharuban mengucapkan terima kasih kepada barisan penyanyi dan semua pihak yang memberikan kerjasama.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan