SEMUANYA berlaku tanpa dirancang. Ia bermula apabila empat remaja yang meminati muzik kerap melakukan latihan bersama di beberapa studio muzik sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi kemesraan yang dipupuk sesama mereka, timbul kata sepakat menubuhkan kumpulan diberikan nama The Unplann pada hujung 2012.

Seterusnya pada awal 2013, The Unplann dengan kemasukan pemain keyboard, sekali gus memanjangkan lagi langkah mereka dalam kancah muzik indie.

Selepas beberapa kali bertukar anggota, The Unplann kini dianggotai Amad (vokal), Epul (gitar), Mizzy (gitar), Zheffy (bass), Alan (drum) dan Daus (Trumpet).

“Kami bawa genre ska dengan pengaruh muzik band dari UK sekitar 70-an seperti The Specials, Madness, Bad Manners dan banyak lagi band yang mengetengahkan muzik ska gelombang ke-2 (two tone) yang jadi ikutan kami.

“Setakat ini, The Unplann melancarkan dua lagu berjudul Our Flava dan Dendangan Hatiku pada 2015.

“Kami juga kini giat dalam proses menyiapkan rakaman beberapa lagu baharu yang dijangka dilancarkan dalam tahun ini juga jika segalanya berjalan lancar,” kata Amad.

Ketika belum menggunakan nama The Unplann, kumpulan ini pernah dijemput untuk beraksi buat pertama kali di acara Skinhead Jamboree yang pertama.

“Acara itu dilangsungkan di Dusun Lazim, Janda Baik, Pahang. Selepas itu, The Unplann tidak menerima sebarang jemputan sehingga kemasukan pemain keyboard pada 2013.

“Sejak itu, The Unplann menerima banyak jemputan beberapa acara besar dan kecil seluruh negara seperti Skinhead Jamboree 2 dan 3, Tribute to the legend Cocksparrer and The Oppressed, Nebiula Production 20th Annyversary Party, Kancah Klasik Rudebois dan South East Asia Street Music Festival.

“Selain itu, The Unplann juga dijemput untuk membuat persembahan di Youth Music Fest yang turut menampilkan Caliph Buskers dan Art of Speed Malaysia,” katanya.

Tidak terkecuali, The Unplann juga pernah menjadi band iringan dalam jelajah Malaysia, penyanyi rock ‘steady Indonesia – Denny Frust’ di Kuala Lumpur dan banyak lagi.

TERIMA banyak jemputan beberapa acara besar dan kecil seluruh negara.
TERIMA banyak jemputan beberapa acara besar dan kecil seluruh negara.