PELAKON, Ashraf Muslim menangis saat mendapat kejutan berbentuk kiriman video daripada kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi

Video berdurasi dua minit dan 24 saat itu mengandungi paparan gambar mereka sekeluarga serta ucapan daripada tiga anaknya.

Ashraf, 39, berkata perkara itu membuatkan dirinya bertambah rindu dan berharap segera bebas wabak Covid-19.

“Semalam adalah malam paling bersejarah dalam hidup saya. Pertama, solat tarawih berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat kejutan video daripada mama dan ibu (kedua isteri).

“Selepas solat tarawih jam 10.30 malam, saya nak makan. Lapar sebab tak makan dari petang. Jadi, ketika nak makan tangan kiri pun capai telefon nak tengok mesej.

“Buka mesej, dapat video ini. Allahuakbar, sambil makan saya tak sedar air mata sudah mengalir. Sedihlah. Sudahlah saya di wad. Makan pun tak habis terus basuh tangan. Sabar ya, sikit saja lagi. Rindu semua,” katanya.

Ashraf dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) akibat positif wabak Covid-19 pada 12 April lalu.

Sebelumnya, Ashraf menjalani kuarantin diri selama dua minggu selepas pulang dari Inverness, Scotland kerana terbabit penggambaran drama Demi pada 31 Mac lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19