ANAK kepada sepupu pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa iaitu Noor Sameera Mohd Nazlee yang berusia tujuh bulan disahkan sembuh daripada Covid-19.

Neelofa berkata, keputusan ujian itu diperoleh selepas Sameera dikuarantin selama 19 hari.

“Alhamdulillah, selepas 19 hari dikuarantin, ‘baby’ Sameera sudah dapat pulang. Keputusan ujian didapati negatif. Syukur dan terima kasih semua atas kiriman doa buat Sameera,” katanya.

Sementara itu, sepupunya, Noor Cahaya turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya itu bebas wabak berkenaan.

IG story. FOTO ihsan Instagran Noor Cahaya
IG story. FOTO ihsan Instagran Noor Cahaya

“Alhamdulillah, syukur ya Allah akhirnya Noor Sameera sembuh daripada Covid-19 dan sudah di rumah. Terima kasih kepada semua, ahli keluarga dan pengikut yang sentiasa bertanya di Instagram.

“Hanya Allah saja dapat balas jasa baik semua. Semoga Allah lindungi kita dari wabak penyakit ini dan segala penyakit. Aamiin,” katanya.

Terdahulu, pada 21 Mac lalu Neelofa berkongsi mengenai keadaan bayi itu yang disahkan positif Covid-19 di Instagram Story.

Berita berkaitan

  • Anak sepupu Neelofa positif Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Covid-19