Kuala Lumpur: Pelakon, Afifah Nasir terkejut apabila sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-28 baru-baru ini turut dihadiri teman lelaki dikenali sebagai Syed Adi. 

Afifah yang memuat naik video kejutan di Instagram pada awalnya menjangka hari istimewa itu akan disambut oleh ahli keluarga terdekat sahaja. 

“Keluarga berjaya membuat kejutan sempena hari jadi saya. Tak jangka teman lelaki juga ada bersama.  

“Apa saya fikir hanyalah perjumpaan kecil-kecilan bersama keluarga disebabkan saya bekerja pada keesokan hari dan tak jangka sesuatu yang besar. 

“Malah, saya juga kelihatan tidak bersedia pada majlis itu. Terima kasih kepada teman lelaki tercinta dan ahli keluarga untuk semua hadiah dan bunga,” katanya.

Perkongsian video kejutan hari jadi itu mendapat lebih 17,000 tanda suka di Instagram serta 300 komen daripada pengikutnya. 

Difahamkan hubungan cinta antara Afifah dan Syed Adi sudah berputik sejak tahun lalu apabila pelakon itu kerap memuat naik foto mereka bersama di Instagram.