Neelofa berkata, berkata status ‘baby’ Sameera kini adalah negatif COVID-19. – Gambar Instagram /missnoorcahaya

KUALA LUMPUR: Anak kepada sepupu pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, Noor Sameera Mohd Nazlee yang sebelum ini positif COVID-19, kini disahkan telah sembuh.

Berita gembira mengenai bayi berusia enam bulan itu dikongsikan Neelofa di laman Twitter pada Rabu.

Dalam satu hantaran, Neelofa berkata status ‘baby’ Sameera kini sudah discaj dan pulang ke rumah selepas ujian COVID-19 terhadapnya didapati negatif.

“Alhamdulillah, selepas 19 hari di kuarantin, Baby Sameera sudah dapat pulang. Keputusan ujian didapati negatif.

“Syukur dan terima kasih semua atas kiriman doa buat Baby Sameera,” katanya.

Dalam masa sama, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya selepas hampir dua minggu menjalani kuarantin di hospital.

Noor Cahaya sempat memberikan ucapan penghargaan kepada para petugas perubatan yang menjaga anaknya selama tempoh itu.

“Mereka melaksanakan tugas mereka sangat baik. Mereka sentiasa memastikan kami dijaga dengan baik dan pastinya saya tidak dapat lupakan pengorbanan mereka,” katanya menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram Story.

Difahamkan, sepupu Neelofa menetap di Brunei bersama keluarga suami dan salah seorang ahli keluarga baru mereka baru sahaja pulang dari luar negara, dipercayai telah menjangkiti bayi itu.

BACA: Anak sepupu Neelofa berusia enam bulan sah dijangkiti COVID-19