Sifat pemurah Shah Rukh Khan membuatkan peminat dan netizen semakin menghormatinya.

AKTOR ternama Bollywood, Shah Rukh Khan menjadikan pejabatnya sebagai pusat kuarantin untuk mangsa positif pandemik COVID-19.
 
Malah, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menjadikan pejabat empat tingkat miliknya itu sebagai penempatan individu yang perlu dikuarantin.
 
Selain itu, pelakon Khabhi Khushi Kabhie Gham itu turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat di beberapa negeri di India.
 
Tindakan beliau mengejutkan banyak pihak di India kerana sebelum ini ramai yang mempertikaikan Shah Rukh Khan kerana tidak membantu masyarakat di sana.
 
Dalam pada itu, pemerintah di Kota Mumbai berterima kasih kepada Shah Rukh Khan dan Gauri kerana sanggup mengosongkan ruang pejabat mereka untuk kegunaan pesakit-pesakit COVID-19.
 
Netizen yang dulu mengutuk dan mengecam, akhirnya mula memberikan kata-kata pujian dan memohon agar selebiriti lain mencontohi pasangan ini.