Peminat turut boleh menyatakan sebarang pertanyaan kepada barisan bintang di ruangan komen. Gambar fail.

FILEM ikonik yang cukup dekat di hati rakyat "Sepet" karya Allahyarham Yasmin Ahmad kini boleh ditonton secara percuma di YouTube selama seminggu mulai 30 Mei.

Menurut pemilik channel ‘Great Little Stories’ yang memuat naik filem itu, pihaknya berterima kasih kepada penerbit filem Mazlan Abdul Latiff ‘Odeng’ atas kepercayaan yang diberi.

“Terima kasih kepada Abang Odeng kerana memberi kepercayaan untuk tayangkan filem "Sepet" dalam menghargai seseorang yang banyak mendidik saya, sehingga saya namakan anak saya Yasmin."

Peminat turut berpeluang untuk menyatakan sebarang pertanyaan di ruangan komen untuk ditujukan kepada barisan bintang filem itu.

“Soalan yang relevan akan diberikan kepada kumpulan pelakon dan produksi filem.

“Setakat ini, ia termasuk bintang utama Sharifah Amani, Ng Choo Seong, Linus Chung, Tan Meiling, Zehan, David Lok, produser Abang Odeng, Kak Ros, Elyna Shukri dan kakak kepada pengarah serta nama di sebalik watak utama, Datin Orked Ahmad.”

Kemudian, jawapan mereka akan dikumpulkan menjadi sebuah video yang akan menyelami proses dan pandangan di sebalik tabir filem ikonik itu.

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

If you haven’t seen it. If you miss Yasmin. This is your chance to watch Sepet. Click the link in my Bio. You have a week. ❤️ . . Orked : Who cares if someone loves the other someone because of their race? It’s when they hate them, that’s the problem.

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on

Pihak ‘Great Little Stories’ dalam pada itu turut berharap agar orang ramai dapat sedekahkan doa kepada Allahyarham Yasmin serta kesejahteraan seluruh dunia.

Filem "Sepet" yang dilancarkan pada tahun 2005 berkisar tentang kisah cinta antara Orked, seorang gadis berbangsa Melayu dan Jason, seorang lelaki berbangsa Cina di Ipoh.

Ia berjaya merangkul anugerah antarabangsa pada tahun 2005 termasuk Festival Filem Antarabangsa Tokyo Ke-18 bagi kategori Filem Asia Terbaik dan Festival Filem Wanita Antarabangsa Créteil di Perancis untuk kategori Filem Terbaik.