Pembatalan persembahan menyaksikan mereka berdepan masalah kewangan apabila terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM700,000.

KUALA LUMPUR: Penutupan operasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak kira-kira sebulan lalu memberi impak kepada industri seni persembahan negara.

Kuala Lumpur Performing Arts (KLPac) antara yang menerima kesannya apabila terpaksa ditutup sejak empat minggu lalu.

Pengasas bersama KLPac, Joe Hasham berkata, pembatalan persembahan menyaksikan mereka berdepan masalah kewangan yang kritikal apabila terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM700,000.

"Seperti yang anda tahu, KLPac, The Actor's Studio dan Penangpac sudah ditutup selama empat minggu, dan akan terus ditutup sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

"Apa yang membimbangkan ialah kami tidak mampu membayar pekerja dan pemiutang.

"Kami mempunyai lebih 50 pekerja tetap dan ratusan lagi pekerja bebas (freelancers) yang bergantung dengan institusi ini sebagai sumber pendapatan," katanya dalam satu hantaran di Instagram.

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

 
 

A post shared by Joe Hasham (@joehasham) on

Joe juga memaklumkan dia dan isteri, Datuk Dr Faridah Merican, sedang berusaha untuk mencari alternatif lain, namun sukar bagi mereka berbuat demikian tanpa bantuan pihak lain.

"Jika anda berada dalam posisi yang berkemampuan untuk membantu, bantulah kami.

"Terima kasih kerana menyokong seni teater di Malaysia," tulisnya.