Rata-rata peminat menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan tersebut ke jinjang pelamin.

KUALA LUMPUR: Walaupun negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia tidak menghalang pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir untuk melangsungkan majlis pertunangan.

Pelakon filem Pinjamkan Hatiku, Ayda berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya pada Selasa.

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, majlis pertunangan tersebut berlangsung secara dalam talian pada ulang tahun hari kelahiran Nabil pada 28 April lalu.

“Lamaran pada hari lahir saya, pertunangan pada hari lahir anda (Nabil).

“Saya tahu kitab oleh tempuhinya sehingga hari-hari terakhir. Secara rasmi, (Nabil) tuning saya,” katanya dalam entri tersebut.

Ayda turut memuat naik gambar mereka di atas pelamin, dipercayai menggunakan teknik suntingan

“Kumbang sudah merisik bunga, direstui oleh ahli keluarga. Lamaran diterima pertunangan pun juga, walaupun online tetap mesra dan bahagia,” pantun Ayda pada hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Nabil menerusi kemaskini di laman Instagramnya turut memuat naik gambar sama, sekali gus mengesahkan pertunangan mereka.

“PKP arahan pemerintah, mengingkarinya akan disaman. Hajat di hati dah nak melimpah, ingin menyunting bunga di taman.

“Walaupun jauh cinta tidak terhenti, kumpulkan ahli keluarga di depan kamera. Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami, harap doa yang baik-baik dari semua,” tulis pengacara berusia 32 tahun itu.

Rata-rata peminat menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan tersebut ke jinjang pelamin.

Ayda dan Nabil mengesahkan menjalin hubungan cintan pada November tahun lalu.