Logan Williams yang memegang watak Barry Allen ketika muda dalam siri The Flash meninggal dunia pada usia 16 tahun. -IMDB

LOGAN Williams yang memegang watak Barry Allen ketika muda dalam siri "The Flash" meninggal dunia pada usia 16 tahun.

Bintang yang sedang meningkat naik itu muncul dalam lapan episod dalam musim pertama siri adi wira tersebut.

Ibu Logan, Marlyse Williams mengesahkan berita pemergian anaknya pada Khamis lalu namun tidak menyatakan sebab kematian.

Pelakon utama "The Flash" Grant Gustin melalui akaun Instagram mengucapkan takziah di atas pemergian Logan.

“Saya baru dapat berita menyedihkan Logan Williams meninggal dunia secara tiba-tiba.

"Gambar ini dirakam pada awal penggambaran episod pertama 'The Flash' pada 2014.

"Saya amat kagum dengan bukan sahaja bakat yang ada pada Logan, tetapi juga professionalismenya di set.

"Ingatan dan doa saya dititipkan buat mendiang dan keluarga dalam suasana yang pastinya amat sukar buat mereka," tulis Gustin.

BACA: 'The Flash' bertunang gadis kacukan Kadazan Sabah, netizen terlebih teruja

BACA: Bintang siri TV 'The Flash' bakal kahwini wanita Kadazan

BACA: Pelakon The Flash belajar sebut "jangan kacau"

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

Just hearing the devastating news that Logan Williams has passed away suddenly. This picture was early in the filming of The Flash pilot episode back in 2014. I was so impressed by not only Logan’s talent but his professionalism on set. My thoughts and prayers will be with him and his family during what is I’m sure an unimaginably difficult time for them. Please keep Logan and his family in your thoughts and prayers during what has been a strange and trying time for us all. Sending love to everyone. ❤️

A post shared by Grant Gustin (@grantgust) on

Williams dilahirkan pada 9 April 2003 di Vancouver, Kanada.

Selain The Flash, mendiang turut membintangi drama 'When Calls the Heart' sebagai Miles Montgomery.