Jack meninggal dunia di sebuah hospital di Surrey, UK akibar COVID-19. -Gambar Starwars

SEORANG lagi pelakon Hollywood dilapor menjadi mangsa jangkitan COVID-19.

Andrew Jack yang membawa watak General Ematt menerusi filem Star Wars meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat komplikasi koronavirus.

Memetik laporan agensi berita AP, wakil kepada pelakon itu Jill McCullough berkata Jack meninggal dunia di sebuah hospital di Surrey, United Kingdom (UK) pada Selasa. 

“Jack bekerja sebagai jurulatih dialek dan pernah tinggal di dalam rumah bot Thames.

"Mendiang seorang yang berdikari dan sangat mencintai isterinya,” kata McCullough.

Dalam pada itu, menerusi entri di laman Instagram, isteri mendiang Gabrielle Rogers mengesahkan bahawa Jack telah disahkan positif COVID-19 sejak dua hari lalu.

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

It breaks my heart to let you know we lost a man today. Andrew Jack was diagnosed with Coronavirus when admitted to hospital less than 48 hours ago in suburban London. He died today. He was in no pain, and he slipped away peacefully knowing that his children, step children, grandchildren, brother, friends, and I were all 'with' him. Take care out there, lovers x

A post shared by Gabrielle Rogers (@gabriellejillrogers) on

Sepanjang kariernya, mendiang pernah membintangi beberapa siri dalam filem itu termasuk "Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi", "Solo: A Star Wars Story" dan "Star Wars: Episode VII – The Force Awakens".

Antara pelakon yang yang pernah menjalani latihan dialek bersamanya ialah Robert Downey Jr dan Chris Hemsworth.

Terdahulu, Mark Blum, 69, yang pernah membintangi filem "Desperately Seeking Susan", “Crocodile Dundee” dan terbaharu siri TV "YOU", meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas didiagnosis dijangkiti virus sama.

BACA: Pelakon Hollywood meninggal dunia akibat COVID-19

Sementara itu, pelakon terkemuka Hollywood Idris Elba, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson mengesahkan mereka positif jangkitan COVID-19.

BACA: Idris Elba disahkan positif COVID-19

BACA: Tom Hanks, isteri dijangkiti COVID-19