Kepada ibu-bapa di luar sana, apa kata anda hiburkan anak-anak dengan menonton Didi & Friends: #DudukRumahChallenge Menari Bersama Issabelle dan #DudukRumahChallenge Cabaran Menari Ceria Megastar!
View this post on InstagramSepanjang tempoh kawalan pergerakan ini berlangsung, jom saksikan Didi & Friends #DudukRumahChallenge bersama-sama dengan Issabelle dan peserta-peserta daripada Ceria Megastar 2020 di Astro Ceria mulai 3 April 2020 jam 3 petang. Hora Horey! #didiandfriends #CegahCovid19bersamaDidi #Covid_19 #CegahVirusCovid19 #DudukRumah #DudukRumahChallenge
Akan mula bersiaran hari ini, anak-anak dapat berhibur dan belajar dengan tips-tips yang dikongsikan oleh adik Issabelle dan peserta Ceria Megastar sambil menari dengan lagu Didi & Friends.
Selain menghiburkan kanak-kanak dengan video tarian dengan lagu-lagu Didi & Friends, meningkatkan kesedaran mengenai cara untuk mencegah wabak COVID-19, mendidik anak-anak mengenai kebersihan diri serta banyak lagi!
Jangan lupa saksikan #DudukRumahChallenge Menari Bersama Issabelle dan #DudukRumahChallenge Cabaran Menari Ceria Megastar bermula 3 April sehingga 12 April, jam 3 petang di Astro Ceria dan Ceria HD!
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!