Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 di sebuah hotel terkemuka.

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin berkongsi berita baik yang mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Fazura mengesahkan dirinya kini sedang hamil empat bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Pelakon filem Dendam Pontianak itu berkongsi berita gembira itu menerusi kemas kini di laman Instagram peribadinya, sebentar tadi.

“InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama.

“Kandungan saya kini dalam bulan keempat, Alhamdulillah.

“Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” katanya dalam entri itu.

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

After two years of marriage, we are delighted to share that we are expecting our first child. @missfazura is currently in her fourth month of pregnancy. We always believe in Allah’s perfect timing and we are overjoyed by the most beautiful gift Allah SWT has granted upon us. Nothing in the world matters more to us right now than our precious one. We would like to deeply thank everyone for your never ending prayers and well-wishes for us all this time. We are grateful for every single moment of this beautiful phase and we look forward to the blissful months to come. InsyaAllah. Once again, Alhamdulillah and thank you all from the bottom of our hearts. Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, Kami ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan @missfazura kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua.
 

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 36 tahun, turut memuat naik gambar hitam-putih beliau bersama suami, Fattah Amin, 30 tahun.

Setakat ini, kemaskini tersebut mendapat lebih 18,000 ‘likes' daripada pengikut laman Instagramnya.

Warganet menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan serasi itu, selain mendoakan kesihatan Fazura.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 di sebuah hotel terkemuka.

Kisah cinta pasangan sejoli itu bermula selepas mereka membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Astro AWANI mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di atas berita gembira ini.