James McAvoy derma hampir RM1.5 juta kepada Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan dalam usaha membantu usaha membendung pandemik koronavirus. -Gambar fail

PELAKON X-Men, James McAvoy dilapor telah mendermakan sebanyak £275,000 (kira-kira RM1.48 juta) kepada Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan (NHS) dalam usaha membantu usaha membendung pandemik koronavirus.

Bintang filem itu menyumbang kepada kempen pendanaan awam (crowdfunding) yang dicetuskan oleh kumpulan doktor untuk digunakan bagi membeli sut perlindungan peribadi (PPE) buat petugas perubatan.

Kempen itu telah pun meraih sebanyak £440,000 melepasi sasaran awal £200,000 yang kini telah dinaikkan kepada £500,000.

McAvoy sebelum itu turut membantu menguar-uarkan kempen tersebut dalam beberapa video Instagram.

"Wang yang didermakan hari ini bakal menyelamatkan nyawa.

"Bantu kami untuk bantu kerejaan untuk bantu NHS.

"Situasi kini amat mendesak dan kita kesuntukan masa."

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

LINK IN BIO. #masksfornhsheroes #masks4nhsheroes #protectthenhs #frontline #nhs #stayathome #coronavirus #covid19 @crowdfunderuk #thankyounhs

A post shared by James Mcavoy (@jamesmcavoyrealdeal) on

James McAvoy memegang watak Professor X dalam siri X-Men: First Class, X-Men: Days of Future Past, X-Men: Apocalypse, dan X-Men: Dark Phoenix.

Selain itu, dia turut berlakon dalam filem Deadpool 2, Split dan It.