Album Chromatica sepatutnya dilancarkan pada 10 April yang lalu namun disebabkan penularan pandemik COVID-19, pelancaran tersebut sudah ditunda.

INI berita baik buat peminat muzik Kpop, lebih-lebih lagi die-hard fans kumpulan sensasi Blackpink.

Selepas bergandingan bersama Dua Lipa menerusi lagu Kiss & Makeup, kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love itu akan berkolaborasi bersama pelantun lagu Bad Romance, Lady Gaga.

Menurut laporan media antarabangsa, sebelum ini Blackpink pernah dikhabar akan merakamkan lagu bersama penyanyi itu untuk album terbaharunya.

Namun, YG Entertainment tidak mengesah atau menafikan berita tersebut.

Bukan sahaja Blackpink, album keenam Lady Gaga iaitu Chromatica akan mempersembahkan 16 lagu yang turut menampilkan Ariana Grande dan Elton John.

Blackpink yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rosé, and Lisa akan menyanyikan lagu Sour Candy bersama Lady Gaga.

Lady Gaga turut berkongsi senarai lagu albumnya itu di akaun Twitter pada Khamis.

Album Chromatica sepatutnya dilancarkan pada 10 April lalu, namun disebabkan penularan pandemik COVID-19, pelancaran tersebut ditunda.

Buat masa ini, Lady Gaga masih belum mengumumkan tarikh baharu bagi pelancaran albumnya itu.