Bermula 23 Mac sehingga 2 April, Astro Ria dan Ria HD akan menyiarkan filem tempatan seperti Misteri Dilaila, Kami Histeria, Penanggal, dan Dukun bermula jam 10 malam.

KUALA LUMPUR: Demi menyahut saranan kerajaan yang menyeru agar rakyat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, Astro Ria dengan berbesar hati membawakan koleksi filem tempatan pecah panggung untuk rakyat Malaysia.

Bermula 23 Mac sehingga 2 April, Astro Ria dan Ria HD akan menyiarkan filem tempatan seperti Misteri Dilaila, Kami Histeria, Penanggal, dan Dukun bermula jam 10 malam.

Bukan itu sahaja, Astro juga akan menyiarkan filem animasi terbaik iaitu BoBoiBoy Movie 2 secara serentak di lima buah saluran iaitu Astro Ria (104), Ria HD (123), Astro Ceria (611), Ceria HD (631) dan termasuklah siaran dalam format resolusi kualiti 4K UHD di saluran 780.

Untuk memberi lebih banyak pilihan para pelanggan juga boleh menikmati akses penuh kesemua koleksi filem tempatan pelbagai genre pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand tanpa sebarang caj tambahan.

Antara filem-filem  menarik yang tersenarai termasuklah Manisnya Cinta Di Cappadocia, Polis Evo, The Journey, Ola Bola, You Mean The World To Me (Hai Ki Sin Lor), Hantu Kak Limah Balik Rumah, serta banyak lagi.

Terdahulu, Astro telah mengambil inisiatif untuk memberi saluran percuma kepada pelanggannya agar dapat mengisi masa lapang mereka ketika dirumah.

Bukan itu sahaja, Astro juga memberi peluang kepada pengguna dan bukan pengguna untuk menikmati saluran percuma itu dengan menggunakan aplikasi Astro GO.