American Idol bakal kembali bersiaran pada 26 April ini. -Gambar Instagram @americanidol

BIARPUN berdepan kebimbangan jangkitan COVID-19, rancangan realiti American Idol dilaporkan bakal diteruskan.

Ia menyusul selepas pengumuman pihak produksi untuk menghentikan siri hiburan popular itu bulan lalu.

Memetik laporan TVLine, produksi ABC, bagaimanapun, mengesahkan bahawa program realiti nyanyian itu akan terus bersiaran, namun kali ini ia berkonsepkan maya.

Menerusi satu kenyataan, ABC berkata kesemua 20 peserta bakal beraksi dari lokasi pentas yang berbeza sambil dinilai para juri secara dalam talian. 

“Barisan juri profesional — Luke Bryan, Lionel Richie, dan Katy Perry — serta pengacara Ryan Seacrest juga tampil dalam rancangan dari rumah mereka menerusi video penstriman langsung,” tulis kenyataan itu.

Akaun rasmi Instagram program realiti tersebut turut mengesahkan berita itu di mana mereka bakal kembali bersiaran pada 26 April (Ahad) ini.

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

The show must go on — from all across America!